spot_img
HomeJenayahPPM tahan lelaki cuba seleweng minyak diesel tanpa permit

PPM tahan lelaki cuba seleweng minyak diesel tanpa permit

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan seornag pemandu lori tangki yang disyaki menyeleweng minyak diesel di kawasan Petron Kampung Air, semalam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Kota Kinabalu, Asisten Superintendan (ASP) Roslan Awang berkata, mereka mengekori sebuah lori yang mencurigakan ketika mengisi diesel ke dalam tangki lori.

Penyiasatan mendapati suspek berusia 21 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen kebenaran membawa barang kawalan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Lori tangki berkenaan juga telah diisi kira-kira 4,000 liter diesel,” Tambahnya lagi.

Roslan berkata, pada hari yang sama sekitar jam7.30 malam, anggota PPM telah menahan sebuah bot pum di perairan Pulau Gaya dan menemui beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk mengebom ikan.

Beliau berkata, pemilik bot berkenaan sempat melarikan diri ke hutan Pulau Gaya.

Hasil tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya.

“Jumlah keseluruhan nilai rampasan yang dianggarkan bernilai RM177, 021.00 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perikanan 1985,” katanya.

Sementara itu, Pasukan Polis Marin Wilayah 4 mengalu-alukan masyarakat terutama masyarakat maritim dan pesisir pantai untuk menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp ke talian 013-9391197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular