spot_img
HomeSemasaDua lagi kluster baharu COVID-19 di Sabah

Dua lagi kluster baharu COVID-19 di Sabah

KOTA KINABALU: Sabah mencatatkan dua kluster baharu COVID-19 masing-masing di daerah Lahad Datu dan Kota Belud.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Sakti (Lahad Datu) mencatatkan sebanyak tujuh kes COVID-19 yang juga merupakan kluster di kilang sawit.

“Kluster Tuguson (Kota Belud) mencatatkan empat kes yang berpunca daripada Majlis Serah Tugas.

“Sebanyak 352 kes baharu COVID-19 dicatatkan pada Khamis, bagaimanapun tiada kematian dicatatkan. Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Sabah adalah sebanyak 14, 053,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

Beliau berkata, setakat 29 Oktober 2020, seramai 458 pesakit COVID-19 telah sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh ialah seramai 7,683 orang.

“Seramai 3,848 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 730 orang di hospital dan 3,118 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) . Bilangan pesakit COVID-19 dalam ICU ialah 72 orang manakala 27 orang memerlukan alat bantuan pernafasan.

“Daerah Tongod turut mencatatkan satu kes dan bertukar ke zon kuning,” katanya.

Menurutnya, jumlah penambahan kapasiti katil PKRC adalah sebanyak 622 katil menjadikan jumlah keseluruhan katil adalah sebanyak 7,859 katil. Penambahan ini merangkumi Penjara Tawau (500 katil), PKRC Pusat Kebudayaan Penampang (93 Katil) dan Rumah Rehat Kudat (29 katil). 

Katanya lagi, bagi melancarkan operasi sektor pertanian dan perladangan, Kerajaan Negeri membenarkan 100 peratus kapasiti pekerja terhadap beberapa aktiviti di bawah sektor pertanian tertakluk kepada penyediaan Standard Operasi Prosedur (SOP) pencegahan jangkitan COVID-19 yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

-utusanborneoonline

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular