spot_img
HomeSemasaRM34.87 juta Bantuan Prihatin COVID-19 untuk industri pertanian di Sabah

RM34.87 juta Bantuan Prihatin COVID-19 untuk industri pertanian di Sabah

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengumumkan sejumlah RM34,874,400 untuk mengurangkan kesan negatif COVID-19 dalam industri pertanian di Sabah.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata bahawa dana itu akan memberi manfaat kepada 116, 248 penerima yang berdaftar di bawah kementerian di pelbagai segmen industri berkenaan di Sabah di mana setiap penerima Akan menerima bantuan tunai RM300 secara ‘one-off’.

Bagi segmen Jabatan Pertanian (peladang) sebanyak 32,836 penerima dengan jumlah bantuan RM9,850,800; Jabatan Perikanan (nelayan) sebanyak 10,669 (RM3,200,700); MPOB (pekebun kecil kelapa sawit) sebanyak 16,205 penerima (RM4,861,500); pekebun kecil koko sebanyak 1,160 penerima (RM348,000); LIG dengan 48,756 penerima (RM14,626,800); Jabatan Haiwan (pembiak) sebanyak 2,069 penerima (RM620,700); Perbadanan Pembangunan Luar Bandar sebanyak 663 penerima (RM198,900); dan SLDB sebanyak 3,890 penerima (RM1,167,000).

Namun, beliau berkata senarai penerima terbabit bukanlah menyeluruh dan bagi mereka yang tercicir, permohonan bantuan akan dipertimbangkan sekiranya mereka berdaftar di jabatan-jabatan atau agensi-agensi yang berkaitan.

Jelas Jeffrey, dana berkenaan adalah sebahagian daripada jumlah bantuan kerajaan untuk membantu kumpulan B40 yang juga merangkumi sektor-sektor lain termasuk pemandu teksi, bas, lori, dan pemain industri pelancongan.

Tambahnya lagi, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan akan memproses dokumentasi bagi bantuan tunai RM34,874,400 sebelum dihantar ke Jabatan Perbendaharian Negeri untuk pembayaran yang akan dikreditkan secara langsung ke dalam akaun penerima.

-utusanborneoonline

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular