spot_img
HomeSemasaPelbagai aktiviti Kempen Bulan Kesedaran Covid-19 Lahad Datu

Pelbagai aktiviti Kempen Bulan Kesedaran Covid-19 Lahad Datu

Lahad Datu: Program Kempen Bulan Kesedaran Covid-19 Lahad Datu anjuran Srikandi Bersatu Bahagian Lahad Datu satu inisiatif yang harus diberikan pujian. Program bermanfaat untuk rakyat sebeginilah perlu diperbanyakkan untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat dalam membantu menghentikan penularan COVID-19.

Menurut Puan Mizma Appehdullah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Lahad Datu, program ini adalah inisiatif awal Srikandi Bersatu Lahad Datu untuk memberikan kefahaman awal kepada masyarakat bahawa pentingnya memahami segala arahan dari pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk sentiasa menjaga SOP dalam bersama-sama memerangi penularan Covid-19.

“Segala aktiviti diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa, pengawalan pandemik ini harus dilaksanakan bermula dari rumah dan institusi keluarga perlu memainkan peranan untuk memberi kesedaran dalam setiap ahli keluarga agar sentiasa mengamalkan SOP norma baharu dalam setiap aktiviti harian mereka”

Tambahnya lagi, kita juga ingin mengangkat jasa baik para frontliners yang tanpa mengira masa, penat lelah dan segala risiko untuk terus berjuang dalam menjaga kita semua.

Mizma Appehdullah bersama Srikandi Bersatu Lahad Datu

Pelbagai aktiviti diadakan diantaranya pertandingan mencipta video pendek, pertandingan mengenai kesedaran covid-19, melukis hero “frontliners” untuk pelajar sekolah rendah dan menengah, mendekorasi kediaman dengan aspek 3K sesuai SOP KKM dan akhir sekali pertandingan video masakan Cipta Rasa Demi Hero Kami “Frontliners”.

Mizma yang juga Pengerusi Biro Latihan dan Pemerkasaan Parti Srikandi Malaysia berharap, kempen bulan kesedaran covid-19 ini akan menjadi satu pembuka jalan kepada lebih banyak lagi program sesuai norma baharu dengan seiring pemerkasaan sistem pendigitalan negara, agar semua rakyat dapat terlibat dalam mendepani cabaran baru kehidupan dalam era pandemik global ini.

Boleh ikuti laman facebook Mizma Appehdullah untuk perkembangan lebih lanjut mengenai Program Kempen Bulan Kesedaran Covid-19 Lahad Datu.

-demisabah

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular