spot_img
HomeSemasaRemaja 13 tahun maut terkena renjatan elektrik

Remaja 13 tahun maut terkena renjatan elektrik

JERTIH: Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika menangkap ikan di dalam parit belakang rumahnya di Kampung Batang Gergaji, Apal, Jertih, di sini, jam 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad, berkata mangsa dipercayai menangkap ikan menggunakan renjatan elektrik.

“Mangsa sempat memanggil datuknya yang berada di belakang rumah ketika kejadian.

“Apabila datuknya sampai ke lokasi, mangsa sudah rebah di tepi parit dan tidak sedarkan diri.

“Keluarganya menghubungi pihak kesihatan dan mangsa disahkan sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdul Rozak berkata, siasatan pada tubuh si mati tidak menjumpai sebarang kesan kecederaan.

“Temubual lanjut dengan datuk mangsa mendapati dia pernah melakukan aktiviti merenjat elektrik ikan secara berseorangan sebelum ini.

“Hasil bedah siasat di Hospital Besut mendapati mangsa meninggal disebabkan renjatan elektrik,” katanya.

-BH

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular