spot_img
HomeSemasaBeaufort dilanda banjir, terburuk sejak 2014

Beaufort dilanda banjir, terburuk sejak 2014

BEAUFORT: Keadaan banjir yang menjejaskan hampir keseluruhan kawasan di daerah ini sejak beberapa hari lalu adalah antara banjir terburuk yang melanda sejak 2014.

Pegawai Daerah Beaufort Abdul Imam Basirun berkata pihaknya akan membawa perkara ini dalam mesyuarat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah sebelum dibawa ke peringkat Kerajaan Negeri.

“Situasi banjir kini semakin membimbangkan dan paras air semakin naik walaupun keadaan cuaca cerah dan selepas diteliti keadaan ini dipercayai disebabkan pelepasan air dari Stesen Janakuasa Hidro Pangi di Tenom.

“Hampir semua kawasan termasuk Pejabat Daerah Beaufort sendiri dinaiki air dan barisan hadapan iaitu pasukan keselamatan dan kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah tidak dapat keluar meneruskan tugas dengan lancar.

“Keadaan banjir yang teruk ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan penduduk malah keadaan ekonomi juga terjejas berikutan penduduk di kawasan digenangi banjir tidak dalat meneruskan aktiviti harian,” katanya.

Oleh itu katanya keadaan teruk yang turut menjejaskan 95 peratus kawasan Klias dan Lumadan serta Membakut perlu dibincangka  secara serius berikutan masalah ini sudah berlanjutan beberapa tahun.

“Perkara ini akan diambil perhatian dan kita akan bawakan dalam mesyuarat PKOB seterusnya ke peringkat Kerajaan Negeri.

“Kita harapkan perkara ini dapat diselesaikan bagi mengelakkan tergangunya mata pencarian serta sistem pentadbiran di daerah ini,” katanya.

Dalam pada itu katanya dua Pusat Penempatan Sementara (PPS) dibuka di Beaufort termasuk Dewan DSP Mohd Dun Banir Beaufort dan PPS Taman Selagon bagi menempatkan mangsa banjir.

Katanya pihaknya juga membuka PPS yang tidak rasmi di kawasan surau serta balairaya sesuai bagi menempatkan penduduk terjejas.

“Jika keadaan bertambah teruk kita jangkakan akan membuka PPS di kawasan selamat bagi menempatkan mangsa banjir di sini,” katanya.

Sementara itu salah seorang penduduk Robin hapon, 53 yang tinggal di Taman Cerah berkata beliau menyedari paras air naik sejak jam 7.30 malam semalam apabila beliau selesai mandi dan segera mengemas barang berharga untuk diletakkan ke kawasan selamat.

“Paras air sudah mencecah ke paras paha dan saya terpaksa ke Kota Kinabalu selepas mengalihkan barangan lain manakala ada jiran yang turut berpindah ke rumah saudara mara lain untuk berteduh buat sementara waktu sehingga keadaan kembali pulih,” katanya.

Bagi salah seorang penduduk Kampung Selagon 2, Ibrahim Abdul Ghaffar , 40 beliau berkata ini adalah banjir paling dalam sejak 2014 dan sedikit sebanyak menggangu kegiatan aktiviti harian.

“Ini adalah suasana Aidilfitri paling menyedihkan kerana bukan sahaja kita berhadapan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah turut berdepan masalah banjir,” katanya. -USBO

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular