spot_img
HomeDuniaTabung Kemanusiaan Palestin - PERKIS

Tabung Kemanusiaan Palestin – PERKIS

Pada Mei lalu Kerajaan Negeri Sabah telah melancarkan ‘Tabung Kemanusiaan Palestin’ dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) sebagai pengelola.

Majlis yang berlangsung di Pusat Perdagangan Antarabangsa Sabah (SICC), Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Arifin Arif mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor.

Datuk Hajiji berkata usaha PERKIS dengan kerjasama pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain diyakini dapat bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan dengan penindasan oleh rejim Zionis.

Tambah beliau, kerajaan menyokong sebarang usaha dan perjuangan NGO-NGO lain di negeri ini dalam membantu mana-mana masyarakat merentasi fahaman agama dan suku bangsa yang tertindas.

“Sesuai dengan soladariti Malaysia yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabah turut menyokong apa jua usaha Malaysia demi keselamatan dan kesejahteraan sejagat khususnya situasi di Palestin.

“Perutusan Khas oleh Perdana Menteri mengenai isu Palestin tiga hari lepas, mengetuk keras serangan Israel ke atas Palestin yang dianggap sebagai jenayah perang dan tidak berperikamusiaan.

“Oleh itu, kerajaan menyokong apa juga usaha dan perjuangan NGO demi membantu mana-mana masyarakat di dunia merentasi fahaman agama dan suku bangsa yang tertindas dnan tidak mendapat pembelaan sewajarnya, ” katanya.

May be an image of 1 person, standing and sitting
Teks ucapan Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dibaca oleh Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif.

Dalam perkembangan terkini Jawatankuasa Penyelaras merangkap Penolong Setiausaha Agung PERKIS Ismail Norazman dalam temubual menyatakan bahawa setakat ini kutipan semakin meningkat naik dan amat memberangsangkan daripada rakyat Sabah.

“Tabung berkenaan sudah dihantar ke beberapa masjid terpilih di seluruh Sabah antaranya dalam daerah Kudat, Tuaran, Lahad Datu, Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Semporna, Tawau, Tenom, Beaufort, Papar dan sekitar Kota Kinabalu” katanya lagi.

May be an image of standing and text that says "KOPITENOM KOPI TENOM NO PARKING KOPI TENON NO PARK ING"
Misi Tabung Kemanusiaan Palestin terus dipergiatkan ke seluruh pelusuk negeri Sabah.

Tambah Ismail Tabung Kemanusiaan Palestin ini juga turut diletakkan di semua pejabat Tabung Haji Negeri Sabah,  pintu masuk bangunan MUIS, Hotel Promenade Kota Kinabalu dan beberapa tempat strategik yang lain.

“Sumbangan ini akan dikumpulkan pada setiap minggu dan akan dijumlahkan pada minggu terakhir sebelum 31 Julai 2021. Sumbangan akan diserahkan oleh Presiden bersama Jawatankuasa Penyelaras terlibat kepada kerajaan Negeri Sabah seterusnya penyerahan sumbangan akan diserahkan kepada kerajaan Persekutuan untuk diterima oleh wakil sah kerajaan Palestin” katanya.

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah 10010002943717 (Bank Muamalat).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular