Kota Kinabalu: Gangguan bekalan air melibatkan beberapa kawasan di Sabah seperti Tawau, Lahad Datu, Keningau, Kudat, Tambunan, Kota Kinabalu dan beberapa daerah lain ekoran daripada kerja-kerja pembaikan paip bocor.
Bagi kawasan yang terjejas, pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat dari masa ke semasa. Justeru itu, diharapkan pengguna yang terjejas menyimpan bekalan air yang secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.
Jabatan air negeri Sabah (JANS) akan memaklumkan senarai kawasan-kawasan yang terlibat dan jadual pemulihan bekalan air menerusi laman sesawang facebook Jabatan Air Negeri Sabah.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai dialu-alukan untuk layari https://water.sabah.gov.my/ atau terus berhubung ke saluran komunikasi rasmi Careline di talian 088-326888 (24 Jam).


