spot_img
HomeSemasa150 golongan terjejas terima sumbangan dalam Aktiviti Ronda Malam dan MyJobMyCharity

150 golongan terjejas terima sumbangan dalam Aktiviti Ronda Malam dan MyJobMyCharity

TUARAN : Seramai 150 orang individu terjejas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di daerah ini menerima bantuan bungkusan makanan dalam Aktiviti Ronda Malam dan MyJobMyCharity, petang tadi (Sabtu).

Anjuran organisasi We Win (WWN) dengan kerjasama beberapa NGO bukan kerajaan yang lain dibantu penduduk Kampung Saradan itu berlangsung selama tiga hari tiga malam dengan menyasarkan golongan yang hilang pekerjaan, Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas, asnaf, mualaf dan fakir miskin.

Program bertujuan membela nasib penduduk demi kelangsungan hidup berdepan cabaran luar jangka akibat pandemik COVID-19 sekaligus mengeratkan semangat perpaduan dalam kepelbagaian etnik di Sabah.

Penyelaras WWN, Bapa Wiwin (bukan nama sebenar), berkata bantuan bungkusan makanan itu diharap dapat meringankan beban mereka yang benar-benar hilang punca pendapatan ketika pandemik COVID-19.

“Saya menyarankan agar semua lapisan masyarakat tanpa mengira tingkat sosial bersama-sama menanamkan semangat keprihatan dalam diri dalam menyalurkan bantuan berupa apa sekalipun kepada mereka yang benar-benar terjejas dan memerlukan.

“Bukalah mata hati, tolak tepi fahaman politik, bersama-samalah memberi sokongan padu buat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, dalam melaksanakan fasa pemulihan buat negeri ini,” katanya ditemui wartawan DEMISABAH petang tadi.

Ia sejajar dengan fasa pemulihan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

Aktiviti Ronda Malam dan MyJobMyCharity merupakan pengisian WWN dalam membuat rondaan sambil beramal bermula jam 9.00 malam sehingga 1.00 pagi.

Lokasi rondaan lebih tertumpu di tempat-tempat pembuangan sampah dan kaki lima bangunanan bagi menjejak individu yang bekerja mengorek sampah dan menjaja makanan demi kelangsungan hidup.

Agihan bungkusan makanan beras dan barangan dapur yang lain diteruskan lagi dari rumah ke rumah penduduk seperti warga emas, ibu tunggal dan golongan yang tidak berkemampuan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular