spot_img
HomeSemasaPusat Internet Komuniti untuk semua

Pusat Internet Komuniti untuk semua

Kota Kinabalu: Sehingga Julai 2021, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) telah menjalankan program Malaysia ICT Volunteer (MIV) di hampir semua Pusat Internet Komuniti (PIK) yang terdapat di seluruh Malaysia.

Antara bantuan dan perkhidmatan yang disediakan oleh Pengurus dan penolong Pengurus PIK termasuklah program advokasi, latihan ICT, hebahan dan latihan keusahawan kecil dalam komuniti, khidmat nasihat dan hebahan umum.

Dalam situasi pandemik dan perjalanan norma baharu, perkhidmatan PIK dan program MIV berjalan mengikut norma baharu yang mana aktiviti berlangsung secara atas talian.

Sabah mempunyai 115 buah PIK yang terletak di setiap daerah dalam lokaliti luar bandar yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar.

Sebarang maklumat lanjut Pusat Internet Komuniti (PIK) ini boleh layari www.mcmc.gov.my dan laman media sosial Malaysia ICT Volunteer.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular