KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, Perdana Menteri menjalani pemeriksaan kesihatan yang rapi dan didapati tiada bukti menunjukkan maslah tumor lama berulang.
Atas nasihat doktor, beliau kini berada di hospital untuk terus mendapatkan rawatan antibiotik intravena.
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun 2021 (Rabu) yang laluakibat jangkitan pada sistem penghadaman.
“Keadaan beliau adalah stabil dan bertambah baik serta dibenarkan bertugas semasa dalam rawatan. Beliau dijangka dibernakan keluar dari hospital dalam tempoh beberapa hari lagi”, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pejabat Perdana Menteri berkata, Muhyiddin mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesihatan beliau.