Kota Kinabalu: Pelancaran Karnival Sains Sabah 2021 anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Negeri Sabah dan Jabatan pendidikan Negeri Sabah telah dilaksanakan secara atas talian melalui channel youtube Sabah Gov Offical hari ini 5 Julai 2021 bermula pukul 9.50 pagi yang dirasmikan oleh YB Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
Pengisian yang dititikberatkan adalah aktiviti-aktiviti sokongan yang boleh menggalakkan perkembangan murid dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Antaranya Pertandingan Karnival STEM, STEM Pedalaman Challenge, Webinar Kesedaran Ibu-bapa dan Bengkel Menjawab Soalan.
Dalam masa yang sama, SK Sikuati, Kudat mengambil insiatif tambahan tersendiri bagi memantapkan keberkesaan program STEM mengikut norma baharu dengan melaksanakan program mentor mantee. Guru-guru STEM yang terlibat akan menjadi mentor khas kepada murid untuk mengasah kretiviti murid bagi setiap aktiviti dan projek yang diberikan kepada murid.
Menurut penyelaras 1 STEM SK Sikuati, Puan Eka Wahyuni, setiap projek STEM yang diberikan kepada murid, mentor akan melatih murid untuk meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah, mengaplikasi konsep yang dipelajari serta memberi nilai tambah komunikasi yang berkesan kepada murid melalui persembahan laporan refleksi projek STEM yang dilaksanakan.
Pendekatan seumpama ini selaras dengan matlamat pelaksanaan STEM untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan kreatif.