spot_img
HomeSemasaBantuan makanan untuk mangsa kebakaran, Kampung Panji Semporna

Bantuan makanan untuk mangsa kebakaran, Kampung Panji Semporna

Semporna: Seramai 64 orang mangsa kebakaran yang melibatkan 10 buah rumah di Kampung Panji semalam, telah ditempatkan di Dewan Belia selama tiga hari dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) norma baharu.

Aktivis Borneo Komrad, Syahrani ketika dihubungi berkata setakat ini, bantuan makanan amat diperlukan kerana ada mangsa yang belum mendapat makanan. Selain itu, bentuk bantuan yang diperlukan adalah pakaian dan ubat-ubatan.

“Sedikit sebanyak bantuan ini akan meringakan beban mereka hadapi, kami berharap pihak kerajaan dapat membantu membina rumah mereka semula”, katanya lagi.

Kepada anda ingin menghulurkan bantuan, individu atau badan kebajikan boleh menghubungi Syahrani ditalian 011-51820528.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular