Kota Marudu: Pekan Tandek menerima variasi baharu dengan pembaharuan semula pejabat UPPM di bangunan KDCA pekan Tandek.
YB Tuan Hendrus Anding wakil rakyat N7 Tandek juga telah berkunjung ke pejabat tersebut, melihat keperluan yang perlu ditambah baik bagi melancarkan perjalanan operasi UPPM berkhidmat untuk masyarakat setempat.
“Saya telah berbincang dengan PPM, Majawab Masantun dan semua kakitangan UPPM Tandek, berkenaan keperluan kemudahan pejabat yang diperlukan” jelasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Pejabat ini turut menempatkan pejabat PPM, CDO, Penyelia Kemajuan Masyarakat, Pemaju-pemaju Mukim dan Pemaju Masyarakat. Ianya dijangka memberi manfaat kepada penduduk sekitar untuk melakukan urusan berkaitan komuniti.


