spot_img
HomeDuniaCANVA untuk pendidikan - DELIMa

CANVA untuk pendidikan – DELIMa

Kudat: Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) atau lebih dikenali sebagai Portal DELIMA. Ia menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan pembelajaran serta sumber-sumber pembelajaran secara dalam talian.

Terdapat banyak aplikasi dalam portal DELIMA KPM yang boleh digunakan para guru dan murid secara percuma dengan kualiti premium. Antaranya Microsoft Office 365, Padlet, Canva, Digital Textbook, WolframAlpha, Plickers, Edpuzzle, Blendspace dan Aplikasi di bawah Google.

Menurut Nor Azurah Ali, guru interim di SK Sikuati, Kudat yang terlibat dengan Kursus Dalam Cuti (KDC), kelebihan yang ditawarkan oleh KPM melalui akaun DELIMA tersebut banyak membantu beliau melaksanakan tugasan kursus yang diberikan oleh pensyarah.

“Dari segi kos, akaun DELIMA memberi penjimatan yang sangat berbaloi. Bagi tujuan pembentangan, saya menggunakan aplikasi Canva. Ianya lebih menarik dan mudah sama ada untuk tugasan kuliah (KDC) atau tujuan PDPR,” katanya.

Sebagai fakta, pembelajaran menggunakan Canva menawarkan versi bilik darjah hingga K-12 yang supercharged. Ianya percuma kepada semua guru yang menggunakan aplikasi Delima.

Canva padat dengan nilai dan ciri-ciri penjimatan masa (termasuk ribuan sumber pendidikan), setiap guru Canva boleh menjemput pelajar mereka di semua kelas mereka secara percuma.

Daftar sekarang ke aplikasi DELIMA dan akses ke Canva untuk membuka kunci alat pengajaran terbaik yang ditawarkan oleh Canva.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular