spot_img
HomeSemasaInfaq bersama Surau Al-Hidayah zahir kedamaian hati dalam jiwa

Infaq bersama Surau Al-Hidayah zahir kedamaian hati dalam jiwa

TUARAN: Lebih kurang 80 penduduk di sekitar Kg Saradan Laut dan Kg Saradan Tengah menerima agihan bantuan bakul makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 Total Lockdown COVID-19 dilaksanakan dalam tempoh fasa pertama Pelan Pemulihan Negara, dekat sini, hari ini (semalam).

Anjuran Surau Al-Hidayah dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK)  itu diadakan bertujuan menyemai sikap bekerja sambil beramal Infaq disamping  memberi sokongan padu kepada Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor dalam menyambut baik Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin penghujung Jun lalu.

Menurut Penyelaras Anjuran Surau Al-Hidayah, Madais Sido, 50, berkata orang ramai disaran dapat sama berganding bahu dengan kepimpinan akar umbi negeri ini dalam usaha membantu mereka yang memerlukan.

“Selagi mana tangan kita menghulur, selagi itu juga kedamaian hati buat kita,” katanya ketika ditemui wartawan DEMISABAH selepas penyerahan bakul bantuan makanan itu.

Benih Hj Jenih, 45, bekerja sebagai petani berasa sangat bersyukur dengan bantuan berkenaan yang sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk khususnya golongan terjejas dan mereka yang memerlukan.

“Kita doakan semoga mereka yang berinfaq dan semua kru pelaksana sentiasa dalam rahmatNya,” katanya.

Tidak hanya itu, sebanyak lebih 20 bakul makanan turut disediakan bagi memenuhi keperluan semasa jika terdapat penduduk yang mengibarkan  bendera putih seperti mana yang diuar-uarkan dalam media sosial ketika saat ini.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular