spot_img
HomeSemasaPelajar terpaksa menjawab peperiksaan di pondok kedai, capaian internet lembab

Pelajar terpaksa menjawab peperiksaan di pondok kedai, capaian internet lembab

Kunak: Akibat pandemik covid-19 banyak cerita yang kurang enak digambarkan dalam media sosial berkaitan dengan capaian internet lembab untuk pelajar Kawasan pinggir bandar dan pedalaman, untuk proses Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Jika akses internet lemah pelajar akan keluar dari rumah untuk mencari capaian internet. Sehinggakan ada yang sanggup menaiki bukit, naik perahu di sungai, panjat pokok pun ada demi PdPR.

Ciapan yang tular di media sosial memaparkan gambar beberapa murid dari Kampung Skim Cocos Kunak berkumpul untuk menjawab peperiksaan.

Mereka keluar dari rumah kerana capaian internet lemah dan mencari kawasan capaian internet yang pantas demi menjawab peperiksaan.

Pelajar sedang menjawab peperiksaan

Pemilik akaun Jhonny Sandhu atau lebih dikenali Datuk Seri Anil Jeeth Singh menyatakan bahawa pasti sukar untuk mereka menjalani PdPR jika keadaan terus-terusan begini, beliau merayu kepada pihak kerajaan ataupun YB-YB mahupun berada di blok pembangkang untuk menyuarakan masalah rangkaian ini ke pihak MCMC untuk di naiktarafkan rangkaian jaringan internet terutama di kawasan luar bandar di Sabah.

“Hal ini boleh menjejaskan pembelajaran adik-adik di waktu-waktu pandemik , mereka terpaksa keluar dari rumah untuk mencari rangkaian internet , guru-guru juga terpaksa meluangkan lebih masa kerana terpaksa menunggu kesemua murid hadir dan menjawab peperiksaan sungguh sukar bagi mereka.

“Tidak silap saya, peruntukan MCMC pada tahun ini sebanyak RM800 juta diberikan , saya mohon perbanyakkanlah di kawasan luar bandar terutama di Sabah”, jelasnya lagi.

Tambah beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO P188 Lahad Datu, di Sabah ada dua buah syarikat(GLC) yang boleh mengendalikan antaranya di bawa Syarikat Warisan Harta dan Sabah Net. Diharapkan suara ini didengari dan ada tindakan lanjut dari pihak atasan.

 

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular