spot_img
HomeSemasaUITM Sabah lancar program Food Bank, bantu golongan memerlukan

UITM Sabah lancar program Food Bank, bantu golongan memerlukan

KOTA KINABALU: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sabah telah menganjurkan program kemanusian untuk membantu golongan yang kehilangan pendapatan sepanjang Pandemik Covid-19 ini berlaku di negara kita.

Program ini telah dilaksanakan dan masih lagi diteruskan usahanya untuk membantu mereka yang kehilangan punca pendapatan. Program diketuai oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni UiTM Cawangan Sabah Dr. Sharifah Nurafizah Syed Annuar dan berkerjasama dengan Usahawan Brunei Satay House Indah Permai yang merupakan Alumni UiTM Cawangan Sabah.

Beliau menyatakan bahawa  usahasama ini telah belaku dengan jayanya,  pada Fasa 1 sebanyak 200 bakul makanan dapat diagihkan dalam tempoh dua hari dan pihak UiTM Cawangan Sabah merakamkan ribuan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih bagi mereka yang telah menyumbang mahupun terlibat sama secara langsung atau tidak dalam usaha membantu golongan putus punca pendapatan ini.

Sehubungan itu, beliau juga membawa  masyarakat yang berkemampuan diluar sana sekiranya ingin menyumbangkan barangan asas boleh menghubungi Penyelaras Komuniti UiTM Puan Shirley di Talian 014-6561724 ataupun sekiranya ingin membuat tempahan makanan untuk disalurkan kepada golongan sasar boleh berhubung dengan Pemilik Brunei Satay House Indah Permai.

Bantuan asas keperluan ini disediakan di pintu masuk Brunei Satay House Indah Permai untuk memudahkan diambil sendiri .

Secara Fakta, negara kita menghadapi sesuatu yang bukan menjadi kebiasaan kepada kita, disebabkan hal sedemikian kebanyakan golongan-golongan yang kehilangan punca pendapatan.

Ini bukan kerana mereka tidak mahu untuk mengubah kehidupan tetapi disebabkan pelbagai halangan yang dihadapi maka mereka kehilangan punca pendapatan, dengan usaha murni ini Pihak UiTM Cawangan Sabah berkerjasama dengan Alumni dapat meringankan sedikit keresahan dan kesusahan yang mereka hadapi.

Beliau menyatakan dengan usaha ini dapat membantu golongan ini untuk teruskan kelangsungan hidup mereka walaupun usaha ini nampak kecil tetapi kita mampu untuk memberi sinar kepada golongan ini untuk terus menghadapi kepayahan sepanjang pandemik ini berlaku.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular