spot_img
HomeSukanBung beri taklimat perjalanan SAFA kepada Hajiji

Bung beri taklimat perjalanan SAFA kepada Hajiji

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA), Datuk Seri Bung Moktar Radin mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) hari ini.

Turut hadir, Datuk Abdul Rahman Mohd Zakaria merangkap Timbalan Presiden SAFA, Naib Presiden II SAFA Datuk Jalani Hamdan, Setiausaha Agung SAFA Benedict Asmat; Bendahari SAFA Jasnih Daya dan Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Sabah (SFC) Firdaus Akhbar Khan.

Bung yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah memberi taklimat mengenai perjalanan SAFA dan perancangan masa hadpan dalam memajukan sukan bola sepak di Sabah.

Sabah FC kini ditangga ke-7 dalam saingan Liga Super dengan 16 mata. Liga akan bersambung pada 24 Julai 2021. Sabah akan menentang PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular