spot_img
HomeSemasaGuru dipenjara 20 tahun, lapan sebatan cabul dua murid

Guru dipenjara 20 tahun, lapan sebatan cabul dua murid

TAWAU: Seorang guru di sebuah sekolah agama swasta dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan lapan sebatan di Mahkamah Sesyen Tawau, hari ini, atas kesalahan melakukan amang seksual terhadap dua kanak-kanak lelaki, dua tahun lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhamad Ikram Yusuf, 25, dan mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa menghisap kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun di bahagian dapur sekolah berkenaan, dalam daerah ini, pada 13 September 2019, jam 4.30 petang.

Pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menyentuh kemaluan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di sekolah yang sama pada April 2019, jam 4.30 petang.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Kesalahan itu, memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan hukuman sebat bagi setiap pertuduhan.

Guru adalah perkerjaan yang menjadi inspirasi kepada golongan muda terutamanya kerana ia mendidik dan juga memberikan Contoh yang baik kepada anak muda pada masa kini akan tetapi Awang Kerisnada dalam penghakimannya berkata, walaupun tertuduh orang asing baginya, tetapi pekerjaan sebagai seorang guru bukan sesuatu yang asing. Menurutnya, disebalik pakaian orang alim, tertuduh adalah predator seksual.

“Kebanyakan kanak-kanak akan berjumpa dengan guru pada usia muda, tetapi malang bagi mereka kerana berjumpa dan belajar dengan seorang guru yang predator seksual,” katanya.

Awang Kerisnada kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara selama sepuluh tahun dan empat sebatan bagi setiap pertuduhan dan dijalankan berasingan menjadikan jumlah keseluruhan penjara 20 tahun dan lapan sebatan.

Terdahulu, Muhamad Ikram menghadapi tiga pertuduhan amang seksual terhadap tiga mangsa yang juga pelajar di sekolah tempat lelaki itu mengajar antara April sehingga September 2019.

Bagaimanapun, Mahkamah memutuskan tertuduh tidak bersalah terhadap satu pertuduhan membabitkan mangsa berusia sembilan tahun selepas mendapati testimoni pendakwaan tidak kuat.

Perbicaraan yang bermula 4 Oktober 2019 itu menyaksikan 19 saksi pendakwaan dipanggil, manakala pihak pembelaan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya P.Kershanathan manakala tertuduh diwakili peguam Dayang Aidaku Amira Aminuddin.

Ibu bapa dinasihatkan untuk senantiasa memantau dan memerhati setiap pergerakan dan perlakuan anak-anak kita, merekaa juga seharusnya mengetahui apakah permasalahan dan juga dengan siapa mereka berkenalan. Kebimbangan kita pada masa kini amat meresahkan kita.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular