KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menerima sumbangan berjumlah RM104,837 untuk Jawatankuasa Pengurusan Tabung Bencana COVID-19 Sabah daripada penjawat awam negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor menerima sumbangan berkenaan di pejabatnya di sini hari ini.
Sumbangan yang dikumpulkan itu adalah hasil yang ditolak daripada elaun penjawat awam negeri kategori Gred 29 ke atas.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong menyampaikan replika cek sumbangan berkenaan kepada Hajiji.
Turut menyaksikan penyampaian sumbangan itu Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Datuk Rosmadi Sulai dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pentadbiran) Datuk Masnah Matsalleh.-UTUSAN BORNEO