Kunak: Ciapan yang tular di media sosial baru-baru ini, yang memaparkan gambar beberapa murid dari Kampung Skim Cocos Kunak berkumpul untuk menjawab peperiksaan mendapat perhatian, Telekom Malaysia (TM) daerah Kunak.
Perkongsian di laman facebook pemilik akaun Jhonny Sandhu atau lebih dikenali Datuk Seri Anil Jeeth Singh, berkongsi gambar pekerja TM sedang berbincang masalah internet dihadapi penduduk kampung.
“Syukur hari ini saya telah dimaklum bahawa pihak Telekom Malaysia Kunak (TM) dan beberapa pengawai atasan telah mengambil tindakan selanjutnya dengan kadar segera mengenai masalah ini. Gerak kerja telah dijalankan bermula pada hari selasa lalu,” katanya.
Anil juga berharap, gerak kerja ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak Telekom Malaysia cawangan Kunak di atas Tindakan segera.