Kota Kinabalu : Industi kreatif adalah industri yang sedang berkembang dan mampu menjana ekonomi negara setanding dengan Industri yang lain. Golongan muda mula berkecimpung di dalam industri ini, kerana mampu menjana pendapatan yang lumayan.
Sehubungan dengan itu, pada 29 April 2021, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengumumkan penubuhan Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF) secara rasmi di institusi awam tersebut, yang mampu membangunkan Industri Kreatif Malaysia secara umum dan memperlihatkan hasil seni negeri Sabah secara khasnya, yang sinonim dengan kepelbagaian masyarakat yang berbeza adat dan budaya.
Menurut Dekan ASTif, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam, program yang ditawarkan didalam akedemi ini dirangka untuk memenuhi skop – skop pekerjaan dalam industri kreatif tanah air.
Tambahannya lagi, kursus yang ditawarkan dapat memenuhi keperluan semasa industri dan graduan ASTiF dapat menerapkan pembelajaran dalam dunia pekerjaan.
“Walaupun terdapat beberapa persamaan antara program yang wujud di institusi awam yang lain, ASTiF menerapkan lebih praktikal dan mengajar graduan seperti dalam industri.
“Ini dapat memberi gambaran yang sebenar kepada graduan supaya dapat membiasakan diri dalam dunia industri selepas graduasi” ujar Dr. Zairul.
Dekan ASTiF itu juga mengajar pelajar dalam subjek permasaran karya dan akan meminta mahasiswa untuk membuat simulasi untuk turun ke lapangan dapatkan gambaran yang sebenar tentang Industri Kreatif.
Begitu juga dengan program Teknik Seni Visual (TSV) dan program Seni Muzik yang memerlukan pelajar membuat kerja lapangan supaya dapat menerapkan tentang etika dan moral dalam pembelajaran.

“Graduan ASTiF juga dapat menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan walaupun tidak berkecimpung dalam dunia industri kreatif seperti sebahagian alumni ASTiF yang bekhidmat di dalam sektor kerajaan. Semuanya bergantung kepada graduan itu sendiri ketika berkhidmat walaupun diluar bidang pengajiannya.” tambahnya lagi.
Walaupun ASTiF baru sahaja ditubuhkan selepas pengukstruran Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan, Dr. Zairul Anwar bertekad akademi ini dapat melahirkan ramai pakar yang selari dengan peredaran industri kreatif.
Ini dapat memastikan pembangunan modal insan yang diterapkan dengan etika dan moral dalam diri graduan.
Dr. Zairul juga mengharapkan beberapa penambahan kursus seperti program cinematic film, augmented reality dan banyak lagi program yang dapat memenuhi keperluan pasaran industri kreatif negara.

“Objektif utama ASTiF adalah terus bertekad untuk membangunkan Industri Filem Borneo terutamanya produksi filem Sabah dalam mengangkat kepelbagaian masyarakat di negeri ini yang berbeza adat dan budaya serta mampu menjana ekonomi negara khusunya negeri Sabah” katanya.
Penulis Muhammad Bin Mohd Yusof.