spot_img
HomeSemasaAnak yatim dan asnaf Kampung Silad diraih sempena Sambutan Hari Belia Negara

Anak yatim dan asnaf Kampung Silad diraih sempena Sambutan Hari Belia Negara

Ranau: Kemeriahan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sabah, Bahagian Pantai Barat terasa amat bermakna apabila Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat bersama-sama rakan strategik Kelab Anak Muda Pekan Ranau (KAMPAR), Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Ranau dan Kelab Belia Kampung Meridi Ranau menyantuni penghuni rumah anak yatim dan asnaf yang terletak di Kampung Silad.

Pengerusi Kelab Anak Muda Pekan Ranau (KAMPAR) penyelaras utama program, Mohd. Fixli Jamrin berkata, penularan wabak covid-19 yang masih menular ketika ini telah memberi ujian dan tamparan hebat kepada semua lapisan masyarakat.

“Justeru, aktiviti yang dirancang sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sabah 2021 Bahagian Pantai Barat diharapkan sedikit sebanyak dapat menceriakan anak yatim dan asnaf di sini”, katanya.

Menurut Syivero Patrick, Pegawai belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Sambutan Hari Belia yang diadakan setiap tahun merupakan suatu pengiktirafan kepada golongan belia yang banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan negara.

“Anak-anak yang ada disini, kuatkan semangat dan jangan pernah rasa keseorangan. Anda merupakan permata bernilai negara yang akan bersinar dimasa hadapan”. Kata Syivero.

Terdahulu, program yang diisi dengan penyampaian sumbangan keperluan asas kepada penghuni rumah anak yatim dan asnaf tersebut merupakan Anjuran Pejabat Belia dan sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat yang turut mendapat sokongan kerjasama padu Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Ranau yang dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab Anak Muda Pekan Ranau (KAMPAR), Kelab Anak Muda Pekan Kundasang dan Kelab Belia Kampung Meridi, Ranau.

Turut bersama di dalam majlis berkenaan, Pegawai Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Daerah Ranau, Mohd. Shafri bin Samiri, Pengetua Rumah Anak Yatim dan Asnaf Kampung Silad, Ranau iaitu Haji Mohamad Hainin Abdullah dan Pengerusi Kelab Belia Kampung Meridi, Ranau, Mohd. Fadzwan Bin Ali.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular