spot_img
HomeSemasaUlar hadir tanpa diundang, abang bomba datang menyelamat

Ular hadir tanpa diundang, abang bomba datang menyelamat

Sipitang: Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang telah berjaya menangkap seekor ular jenis Banded krait setelah menerima panggilan dari orang kampung dikawasan luar bandar Sipitang, semalam.

Ketua Operasi Pasukan C Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang, PBKII Syahdennie Alidinsah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk Kampung Long Kinangan kira-kira jam 8:16 malam tadi.

“Kehadiran binatang itu disedari oleh penduduk kampung setelah ianya memunculkan diri di kawasan hadapan persekitaran rumah pemanggil”

“Proses penangkapan haiwan reptilia tersebut tidak mengambil masa yang lama setelah beberapa tindakan diambil menggunakan peralatan khas khidmat menangkap ular”

PBKII Syahdennie berkata, perkhidmatan menangkap ular ini merupakan salah satu kes yang kerap mereka hadapi terutamanya di kawasan pedalaman, kampung, mahupun sekolah.

Oleh itu, Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Sipitang sentiasa bersiap siaga pada bila-bila masa untuk mengadapi sebarang panggilan kecemasan bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat, khususnya warga Sipitang.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular