KUALA LUMPUR : Khairy Jamaluddin Menteri Kesihatan yang mempengerusikan Majlis Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) semalam telah bersetuju untuk melaksanakan pendaftaran secara walk in bagi mereka yang berada dalam senarai menunggu di pusat vaksinasi pemberian vaksin (PPV) di seluruh negara mulai 22 Nov.
CITF-B semalam memaklumkan pendaftaran secara “walk in”akan dilaksana bagi individu yang layak menerima dos penggalak, individu yang ingin mendapatkan suntikan lebih awal sebelum janji temu, individu yang belum menerima suntikan dos pertama atau kedua, mereka yang terlepas janji temu vaksin dan remaja berusia 12 hingga 17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi.
Namun demikian, menurut CITF-B, keutamaan dos penggalak adalah untuk petugas barisan hadapan, keselamatan dan pertahanan; individu berumur 40 tahun ke atas; individu berumur 18 tahun ke atas dengan komorbiditi; penghuni dan kakitangan di pusat penjagaan kesihatan jangka panjang, ibu mengandung dan mereka yang diperlukan untuk ke luar negara.
Menurut kenyataan CITF-B juga, mereka percaya langkah tersebut akan memudahkan dan menggalakkan individu yang layak menerima dos penggalak datang secara sukarela tanpa perlu menunggu lama.
Bagi mereka yang telah berjaya mendaftar dalam senarai menunggu lebih awal akan dihubungi oleh pakar perubatan yang terlibat untuk maklumkan sekiranya terdapat pembatalan temujanji oleh mereka yang telah menerima temujanji melalui aplikasi MySejahtera.
Selain daripada pendaftaran di PPV, pendaftaran juga boleh dibuat melalui telefon atau emel. Orang ramai juga boleh merujuk dan menghubungi senarai PPV untuk mendaftar temu janji melalui laman web www.protecthealth.com.my yang bermula 22 November ini.