KOTA KINABALU: Datuk Haji Kadzim Haji M.Yahya merangkap Speaker DUN Sabah menyatakan Mohamaddin Ketapi kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama.
Menurut Datuk Haji Kadzim, kerusi DUN tersebut tidak akan dikosongkan walaupun Mohamaddin bukan ahli Warisan lagi selepas Mohamaddin mengumumkan keluar parti pada 30 Oktober lalu.
Datuk Haji Kadzim berkata,semasa saya di Kuala Lumpur,pada 30 Oktober saya ada menerima e-mel daripada Mohamaddin yang mengandungi surat dan dokumen yang membatalkan segala ‘aku janji’ yang Mohamaddin tandatangani dengan Warisan sebelum pilihan raya negeri yang lalu.
“Pada 1 Nov lalu, pejabat saya menerima surat daripada firma guaman yang mengaku bertindak bagi pihak Mohamaddin dan surat itu menyatakan peletakan jawatan Mohamaddin,”tambah Kadzim.
“Namun demikian keesokan harinya, pejabat saya sekali lagi menerima surat dan akuan berkanun daripada Mohamaddin yang menafikan beliau ada menandatangani surat peletakan jawatan dan beliau juga menafikan tentang firma guaman yang dilantik oleh pihak beliau,”tambah Kadzim lagi.
Menurut Kadzim. beliau sudah bertemu Mohamaddin untuk menemubualnya tentang perkara tersebut.
Semasa ditemubual, Mohamaddin sekali lagi menegaskan bahawa beliau tidak pernah meletak jawatan sebagai ADUN dan tiada sebab untuk beliau meletak jawatan.
Menurut Kadzim lagi, surat perakuan juga telah diterima yang menyatakan beliau tidak pernah meletak jawatan.
Datuk Haji Kadzim menegaskan bahawa surat peletakan jawatan tanpa tarikh,adalah tidak sah jika mengikut undang-undang.
“Oleh itu, Mohamaddin kekal sebagai ADUN Segama,”tambahnya lagi.


