spot_img
HomeSemasaWawa mengaku tidak bersalah, herdik dan aibkan polis

Wawa mengaku tidak bersalah, herdik dan aibkan polis

Kota Kinabalu : Seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Wawa’ didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahannya mengherdik seorang anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) pada Jun lalu.

Nur Jawaheer Ismail, 34, yang mana pernah tular di media sosial sebelum ini dikenali sebagai Wawa Wahid Interprise bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tindakan mengaibkan anggota polis selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Stephanie Sherron Abbie.

Tertuduh didakwa mengeluarkan perkataan ‘nasib kau ni lelaki, kalau kau perempuan sudah lama aku kasi telanjang kau, aku rungkup kau’, yang mana dianggap telah mengaibkan kehormatan seorang anggota polis iaitu Koperal Maslin Samih di lokasi kejadian.

Jika sabit kesalahan, Nur Jawaheer yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mahkamah membenarkan Nur Jawaheer diikat jamin RM2,000 setelah perkiraan atas permohonan peguam Nur Jawaheer, Luke Ressa Balang untuk mengurangkan bayaran ikat jamin ke atas anak guamannya.

Dengan pertimbangan pihak Majistret, tertuduh dibebaskan sementara dengan dua penjamin tempatan bagi pertuduhan terbabit selain menetapkan sebutan semula kes pada 9 Disember akan datang.

Terdahulu, video seorang wanita mengherdik anggota polis tular di media sosial dalam sebuah sekatan jalan raya di Jalan Kapayan, kira-kira 5:30 petang pada 1 Jun lalu sehingga mengundang pelbagai reaksi dari pengguna media sosial.

Susulan itu, wanita terbabit yang turut mengaku sebagai Wawa Wahid Interprise kemudiannya ditahan sebelum direman dua hari pada 17 Jun lalu bagi membantu siasatan kes tersebut.- Utusan Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular