spot_img
HomeSemasaMasalah gangguan bekalan air, melibatkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu

Masalah gangguan bekalan air, melibatkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Penduduk di beberapa kawasan Kota Kinabalu kembali dibelenggu masalah bekalan air.  Hal ini berikutan kerja-kerja penggantian paip dan meter air individu yang melibatkan beberapa kawasan turut terjejas.

Kawasan yang terlibat, Taman Puri Warisan, Kalansanan, Inanam Laut dan beberapa kawasan di Kota Kinabalu.  Kerja-kerja penggantian paip dan meter air individu di kawasan tersebut telah bermula sejak 11 Oktober 2021 yang lalu, namun sehingga sekarang penduduk di kawasan terbabit masih mengalami masalah air.

Menurut Maslina Petrus, salah seorang penduduk di Kalansanan, kawasan perumahan mereka hampir sebulan mengalami masalah gangguan bekalan air.

“Pada 11 dan 12 November bekalan air di kawasan rumah kami masih seperti biasa.  Masalah ini mula berlaku pada 13 November dan berlanjutan sehingga kini.  Walaupun terdapat lori tangki air yang menyediakan sumber air, namun penduduk yang mendapat bekalan tersebut hanya sebahagian sahaja”, katanya.

Beliau juga turut menyatakan bahawa kawasan perumahan mereka tidak mempunyai sungai.  Oleh itu, mereka hanya bergantung kepada bekalan air yang disediakan oleh lori tangki tersebut.

Harapan beliau adalah supaya masalah ini cepat diselesaikan bukan sahaja di kawasan perumahan mereka, tetapi di seluruh Sabah.

“Saya berharap agar pihak bertanggunjawab cepat-cepatlah selesaikan masalah air ini.  Sengsara… lagi-lagi kawasan bandar,” tambah beliau.

Jika dilihat dalam posting facebook Jabatan Air Negeri Sabah, hampir setiap hari akan ada notis gangguan bekalan air.  Tidak dinafikan bahawa gangguan bekalan air ini agak menjejaskan ramai pihak terutamanya sektor-sektor yang perlukan penggunaan air seperti restoran, kedai makan dan tandas awam.

Penulis: Mariana Aren Anyie

 

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular