spot_img
HomePolitikJawatan YB beban amanah besar bakal dipertanggungjawabkan - Asyraf Wajdi

Jawatan YB beban amanah besar bakal dipertanggungjawabkan – Asyraf Wajdi

Melaka: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sangat menakjubkan dan diluarkan jangkaan bagi pemerhati politik dan nitizen media sosial. Kedudukan yang sangat selesa dimenangi oleh BN, sebanyak dua pertiga majoriti undian.

Keputusan secara rasmi yang dibuat menunjukkan BN yang diwakili olej UMNO, MCA dan MIC telah berhasil mendapatkan bilangan sebanyak 21 kerusi daripada 28 kerusi secara keseluruhannya. BN berjaya menubuhkan kerajaaan baharu Melaka diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Semalam, Sulaiman Md Ali mengangkat sumpah dan Taat Setia Jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di hadapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Yang Dipertua Negeri Melaka di Ayer Keroh.

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda UMNO gembira dengan kemenangan ini, beliau menitipkan beberapa pesanan nasihat kepada wakil YB yang akan menerajui kerajaan negeri Melaka.

“Jawatan ‘YB’ ini adalah ‘taklif’ atau beban amanah yang besar yang bakal dipertanggungjawabkan oleh Allah dan rakyat, bukannya ‘tasyrif’ atau satu bentuk kemasyhuran untuk dibanggakan.”

“Meskipun kemenangan ini berpihak kepada Barisan Nasional, namun kita mesti sentiasa merendah diri dan jangan sekali-kali berubah menjadi angkuh dan sombong kerana tujuan utama menjadi ‘YB’ adalah menjaga dan berkhidmat kepada rakyat dengan penuh dedikasi tanpa berkira,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa yang paling utama dalam memimpin adalah menjaga amanah, akhlak dan integriti dengan menjauhkan daripada sebarang bentuk penyimpangan dan penyelewengan.

“InsyaAllah, jika panduan ini dipegang, mereka inilah bakal mencerminkan generasi pewaris perjuangan UMNO dan BN yang menjadi sandaran dan harapan rakyat masa depan”, tambahnya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular