spot_img
HomeJenayahPolis marin tahan lapan lelaki, jalankan aktiviti bom ikan bernilai RM43,920

Polis marin tahan lapan lelaki, jalankan aktiviti bom ikan bernilai RM43,920

Sandakan: Pasukan Polis Marin Sandakan berjaya menumpaskan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan di Utara Laut Pulau Billean pada lewat pagi, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata, PPM Sandakan berjaya menahan lapan suspek melibatkan lelaki berumur dalam lingkungan 18 hingga 50 tahun yang didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Hasil pemeriksaan terhadap beberapa bot telah menemukan sejenis peralatan yang disyaki digunakan bagi aktiviti mengebom ikan seperti Detonator, Botol Kaca, Mancis Kayu, hos, compressor dan beberapa kilo pelbagai jenis ikan dipercayai diperolehi dengan kaedah peletupan tersebut.

“Setakat ini pasukan PPM menjangkakan nilai rampasan yang ditemukan dianggarkan berjumlah RM43,920.00” katanya”

“Kesemua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat IPD Beluran untuk tindakan lanjut kemudiannya disiasat dibawah Akta Bahan Letupan 1957”

Pasukan Polis Marin W4 Sabah menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-9391197 bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular