Tawau: Seronok berpesta dadah sampai lalok, seramai tujuh lelaki ditahan di sebuah rumah usang kawsan blok 31, Jalan Apas.
Ketika di serbu mereka bertindak melarikan diri, namun berjaya ditahan oleh pasukan IPD Tawau diketuai oleh ASP Mohd Nor Azaad Raman.
Kesemua suspek dibawa balik ke IPD Tawau untuk pemeriksaan lanjut. Ujian air kencing kesemua mereka positif dadah.
ACP Peter AK Umbuas, ketua polis daerah Tawau berkata, operasi yang dijalankan sebagai titik permulaan fasa endemik COVID-19 di daerah Tawau untuk membuat operasi besar-besaran secara berperingkat dari masa ke semasa.
“Masyarakat perlu menjadi mata dan telinga pihak polis dengan menyalurkan maklumat serta bekerjasama selaras dengan slogan, Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada,”katanya.