Filipina: Perubahan iklim yang berlaku di Filipina banyak memberi impak negatif terhadap ekonomi negara, persekitaran, bentuk muka bumi dan menjejaskan aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi penduduk di Filipina.
Isu perubahan iklim adalah sebuah bencana serius yang sering berlaku sejak berdekad tahun yang lepas. Banjir, taufan, kemarau berpanjangan, hakisan pantai, peningkatan paras air laut, antara kesan perubahan iklim yang banyak berlaku di sekitar kita.
Selain Malaysia dan Indonesia yang mengalami perubahan iklim, Filipina dan beberapa negara lain seperti Singapura, Sri Lanka dan Kenya juga turut mengalami perubahan iklim sehingga mengganggu aktiviti pertanian masyarakat dan kemusnahan ekosistem akuatik.
Kerosakan alam sekitar di Filipina pada bulan Julai dan Oktober 2021, adalah berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal sehingga berlakunya perubahan iklim yang teruk sekaligus menyebabkan bencana banjir dan ribut di beberpa wilayah di Filipina.
Dalam temu bual bersama Pengurus Program Reef Check Malaysia (RCM), Adzmin Fatta, 28, punca perubahan iklim kebanyakan di seluruh dunia adalah berpunca daripada aktiviti-aktiviti manusia yang tidak mesra alam.
“Aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal termasuklah aktiviti industri gas karbon dioksida akan mengganggu ekosistem bumi khususnya laut, udara dan darat. Perubahan iklim bukan hanya berlaku di Filipina dan Malaysia, akan tetapi ianya turut melibatkan banyak buah negara seperti Australia dan Singapura,” katanya.
Kesan perubahan iklim sudah berulang kali diperdebatkan daripada pelbagai pelusuk. Jika isu ini tidak dipandang serius, tidak mustahil 100 tahun ke depan bumi kita akan mengalami perubahan iklim yang drastik.
Semua lapisan masyarakat dan pihak berkuasa harus peka dan menggembleng tenaga terhadap isu-isu yang melibatkan kesan jangka masa panjang. Menjalankan aktiviti kesedaran di sekolah-sekolah, Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga memberi pendedahan kepada komuniti persisiran pantai antara strategi yang boleh dilakukan.
Penulis: Zahirah NSalleh