KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun menyatakan berlaku peningkatan mendadak jumlah kes COVID-19 di 4 daerah di Sabah, semalam.
Masidi menyatakan empat daerah tersebut melibatkan Kota Kinabalu yang mencatatkan 109 kes, Tuaran 76 kes, Ranau 65 kes dan Kota Belud catat 56 kes.
Menurut Masidi juga, terdapat 12 daerah yang mencatatkan penurunan yang melibatkan Kota Marudu, Papar, Telupid, Beaufort, Keningau, Sandakan, Putatan, Tongod, Sipitang, Tambunan, Nabawan dan Semporna.
“Jumlah kes harian COVID-19 semalam kekal mencatatkan tiga angka iaitu sebanyak 622 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 230,645 kes,” tambahnya.
“Terdapat lima kes kematian yang dilaporkan semalam iaitu dua kes di Beaufort manakala masing-masing satu kes di Nabawan, Kota Kinabalau dan Tuaran,”tambahnya lagi.