Kota Kinabalu: Penyertaan Sabah dalam Kejohanan TNB Piala Tun Abdul Razak 2021 edisi ke-59, secara keseluruhan menampakkan kematangan para pemain dalam memahami taktikal pasukan.
Meskipun tidak layak ke suku akhir dalam kejohanan tersebut bagi Hasrul Jideh pengendali pasukan hoki lelaki Sabah, sangat berpuas hati dengan prestasi pasukan.
Hasrul berkata, permainan yang ditunjukkan oleh pemain senior dan junior sangat meyakinkan barisan kejurulatihan bahawa pasukan hoki Sabah mampu menggalas misi seterusnya dengan baik.
Sekurang-kurangnya dalam tempoh masa 10 tahun akan datang di Kejohanan hoki TNB Piala Abdul Razak ini, Sabah akan setanding dengan pasukan elit hoki negara.
“Pengalaman yang telah mereka tempuhi sepanjang Kejohanan hoki TAR merupakan latihan untuk pemain mara ke hadapan dalam pamerkan prestasi terbaik di kejohanan Liga Remaja yang bakal bermula pada 11-31 Disember 2021, seterusnya untuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 nanti”
“Pihak pengurusan dan barisan jurulatih telah bersepakat untuk memastikan sekurang-kurangnya pasukan hoki Sabah di SUKMA 2022 nanti menjadi Juara manakala Naib Juara di Liga Hoki Remaja. Piala Liga TNB pihak pengurusan mensasarkan Sabah layak ke separuh akhir,” tambahnya lagi.