PAPAR : Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri di Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menyatakan peruntukan sebanyak RM1.25 bilion untuk projek pembangunan prasarana yang akan dilaksanakan di Sabah pada tahun depan.
Mahdzir berkata jumlah peruntukan itu meningkat 6.25 peratus berbanding tahun 2021.
“Terdapat 248 projek yang akan dilaksanakan di Sabah,”katanya semasa menghadiri Program Walkabout di Pusat Vaksinasi Papar semalam.
Turut hadir dalam program tersebut, Mohd Tamin Zainal, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis dan Datuk Ghulam Haidar Khan dari ADUN Kawang.
Menurut Mahdzir juga, pembangunan prasarana itu akan melibatkan empat kategori projek iaitu projek Jalan Luar Bandar (JALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dan projek Bina Baru Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT).


