spot_img
HomeEkonomiMy FutureJobs tawarkan 50,000 jawatan kosong kepada belia Sabah

My FutureJobs tawarkan 50,000 jawatan kosong kepada belia Sabah

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah sentiasa prihatin kepada golongan belia dalam membuka peluang pekerjaan dalam Karnival kerjaya.

Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan peluang pekerjaan dan kemahiran kepada belia tempatan.

Beliau mengucapkan tahniah dan kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di atas anjuran Karnival Kerjaya Perdana 2021 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) yang telah berjalan dengan jayanya.

“Belia dan beliawanis merupakan aset yang amat bernilai bagi sesebuah negara. Golongan ini adalah sumber tenaga buruh yang berperanan sebagai pelapis pemimpin dan pentadbiran negara di masa hadapan”

“Golongan belia juga merupakan penggerak utama dan tulang belakang serta penentu kejayaan dan hala tuju serta masa depan negara dan seterusnya pewaris kemakmuran negara.”

Datuk Yakub Khan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merasmikan Karnival Kerjaya Perdana 2021.
Kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) yang berlangsung di Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Memang tidak dapat dinafikan bahawa isu pekerjaan menjadi kritikal semasa pandemik Covid-19 melanda negara dan ini memberi tamparan hebat kepada ekonomi dunia dan juga Malaysia tidak terkecuali,” katanya dalam Sabah News Today.

Melalui Karnival Kerjaya tersebut, ramai golongan belia yang berjaya menerima surat tawaran kerja dari pihak majikan yang mengikuti program tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular