spot_img
HomeEkonomiKampung Batu Puteh Kinabatangan, raih anugerah kampung pelancongan terbaik dunia

Kampung Batu Puteh Kinabatangan, raih anugerah kampung pelancongan terbaik dunia

Kota Kinabalu: Kampung Batu Puteh telah dinobatkan sebagai Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNWTO) ke-24 di Madrid, Sepanyol semalam. Kampung Batu Puteh yang terletak di hilir sungai Kinabatangan itu menjadikan nama Sabah terus melakar sejarah di peringkat antarabangsa.

Perkampungan tersebut memiliki nam ayang unik kerana penghuninya majoriti adalah etnik sungai. Ianya diambil daripada sebongkah batu besar berwarna putih yang terletak di tebing Sungai Kinabatangan berukuran 600 meter dari desa tersebut.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri bersama Pengerusi Koperasi Ekopelancongan Komuniti Batu Puteh, Abdul Sanih Nasri telah menerima anugerah tersebut daripada Setiausaha Agung UNWTO, Zurab Pololikashvili secara rasmi semasa penganugerahan tersebut berlangsung.

Datuk Seri Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, kejayaan Kampung Batu Puteh adalah hasil usaha gigih pihak komuniti yang mempunyai 350 ahli dan pemegang saham meliputi penduduk desa, nelayan daan juga petani yang telah menceburi ekopelancongan dan inisiatif pemuliharaan alam sekitar.

“Usaha sama tersebut diketuai Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai Model Pelancongan Masyarakat Berekologi Mampan (MESCOT) bersama Miso Walai Homestay yang pernah menerima Anugerah Inap Desa terbaik, menawarkan  pengalaman pelancongan yang tersusun,” katanya.

Petikan Sinar Harian menyatakan susulan anugerah berprestij berkenaan, Datuk Seri Nancy berkata Batu Puteh adalah model pelancongan luar bandar, ekopelancobngan dan pelancongan berasaskan komuniti bertanggungjawab dan sentiasa dipromosikan secara meluas oleh Malaysia.

Beliau juga memuji UNWTO kerana memperkenalkan Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia tepat pada masanya.

“Anugerah dan pengiktirafan ini akan membawa maksud yang lebih besar dan menjadi kebanggaan dalam kalangan perusahaan kecil dan mikro tempatan yang membentuk majoriti perusahaan pelancongan di rantau Asia Pasifik,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular