spot_img
HomeJenayahBahana hutang, empat sekeluarga ditetak

Bahana hutang, empat sekeluarga ditetak

Beluran: Pasukan polis Beluran memburu seorang bapa dan anak lelakinya yang dipercayai terlibat dalam kes kejadian tetak terhadap empat sekeluarga di sebuah ladang bertempat di Kampung Cahaya Baru, Beluran.

Ketua Polis Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, suspek yang berusia 51 dan 23 tahun, melarikan diri selepas kejadian itu yang menyebabkan mangsa berusia 18 hingga 47 tahun cedera parah.

Katanya, kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 pagi itu, bermula dengan isteri mangsa yang bertindak menegur seorang ahli keluarga suspek berkenaan tuntutan hutang sehingga berakhir menjadi sebuah pertengkaran.

“Suspek yang berusia 23 tahun marah lalu bertindak menyerang isteri mangsa dengan sebilah parang sebelum dihalang oleh mangsa sendiri yang turut terluka akibat ditetak di bahagian tangannya.

Kasim berkata, pergaduhan kemudiannya dileraikan penyelia ladang yang kemudian membawa mangsa ke pejabat untuk mengelakkan keadaan tidak terkawal.

Walaubagaimanapun, Suspek dilaporkan pulang ke rumah sebelum datang semula bersama bapanya dan menetak tiga lagi ahli keluarga mangsa sehingga parah sebelum melarikan diri.

“Keempat-empat mangsa terbabit dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil,”

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes mahupun keberadaan suspek diminta segera tampil menyalurkan maklumat di balai polis berhampiran”, tambahnya lagi

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular