spot_img
HomeSemasa294 Kes baharu, catat penurunan terendah selepas lima bulan

294 Kes baharu, catat penurunan terendah selepas lima bulan

KOTA KINABALU : Sabah mencatatkan 294 kes baharu bagi covid-19 pada 5 Disember 2021. Kes pertama yang mencatatkan bawah 300 kes selepas hampir 5 bulan.

Merujuk jumlah kes 14 Julai, lima bulan yang lalu adalah kali terakhir Sabah mencatatkan jumlah kes di bawah 300. Sebelum melonjak sehingga empat angka yang bermula pada akhir Julai sehingga September yang lalu.

Datuk Masidi Manjun, selaku Jurucakap Covid-19 Sabah dan juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, berkata bahawa jangkitan kes yang dicatatkan pada hari tersebut adalah semakin menurun.

“Terdapat penurunan sebanyak 57 kes daripada 351 kes yang telah dilaporkan pada hari sebelumnya”

“Bagaimanapun, kes di Sabah secara keseluruhannya masih tidak menentu kerana seperti yang kita lihat, berlakunya turun naik kes setiap hari”

“Hari ini, Kota Kinabalu masih mencatat jumlah yang tertinggi berbanding daerah-daerah lain di Sabah iaitu sebanyak 60 kes harian,” katanya.

Tambah Masidi, saringan bergejala yang juga dikategorikan sebagai kes sporadik merupakan penyumbang besar kepada turun naik kes.

Peratusan kes jangkitan sporadik di Sabah semalam telah menurun kepada 36 peratus daripada jumlah kes harian hari sebelumnya yang mencatat 38 peratus dan 42 peratus.

Susulan itu, dilaporkan seramai 380 pesakit Covid-19 telah sembuh semalam, manakala seramai 1275 pesakit dilaporkan masih menerima rawatan di hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) mengikut kawasan.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular