spot_img
HomeSemasaHajiji beramah mesra bersama influencers Sabah

Hajiji beramah mesra bersama influencers Sabah

Kota Kinabalu: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pemberi Pengaruh Media Sosial (Social Media Influencers) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Kota Kinabalu, semalam.

Program anjuran Kerjasama Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah dan Pejabat Ketua Menteri Sabah sebagai usaha berterusan untuk mendekatkan dan menyemarakkan lagi kebersamaan di antara kerajaan dan rakyat di negeri Sabah.

Seramai 25 orang penggiat media sosial tempatan yang hadir untuk menjayakan majlis tersebut.

Pelbagai aspirasi yang telah dilontarkan oleh wakil yang didengari dan diambil pertimbangan oleh Ketua Menteri.

Antara penggiat media sosial berpengaruh yang hadir Ben Uzair, Zigfx, Ging Pisang, BroAden, Fanzi Ruji, Eylia Eyre Guntabid, Tumatik, Sakinah VS Ondu dan banyak lagi.

Hajiji berkata, pasti bahawa nama-nama tersebut pernah didengari dan tidak kurang juga segelintir daripada kita yang gemar untuk menonton dan mendengar informasi, ilmu dan juga hiburan yang mereka kongsi bersama warga maya. Tambahan pula, mereka juga adalah ‘Social Media Influencers” berasal dari Negeri di Bawah Bayu.

“Melihat dari sudut positif terhadap pengaruh perkongsian mereka terhadap masyarakat walaupun pada durasi yang terhad, saya percaya usaha untuk membantu dan memupuk lebih banyak ‘Social Media Influencer’ lokal untuk mencipta lebih banyak kandungan nilai tambah kepada masyarakat seperti meningkatkan kesedaran, perkongsian pendidikan secara informal dalam satu persekitaran yang kreatif dan menyeronokkan adalah penting dan bermanfaat,” katanya.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Datuk Seri Panglima Safar Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Azrul Bin Ibrahim, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Prof. Madya Dr. Ramzah Dambul, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Inovasi, Majlis Pembangunan Teknologi dan Inovasi Sabah dan Viviantie Sarjuni, Pengurus Besar Pusat Ekonomi Kreatif dan Inovasi Sabah (SCENIC).

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular