spot_img
HomeEkonomiOperasi percubaan bas elektrik pertama Sabah kini di peringkat akhir

Operasi percubaan bas elektrik pertama Sabah kini di peringkat akhir

KOTA KINABALU : Persiapan akhir sedang dijalankan oleh Qhazanah Sabah Bhd (QSB) untuk operasi percubaan perkhidmatan bas elektrik (e-bas) pertama di ibu negeri itu.

Perkhidmatan tersebut adalah di bawah cabang pelaburan strategik kerajaan negeri, Qhazanah Sabah Bhd (QSB).

Menurut Ketua Pegawai Komunikasi QSB Muhammad Khairulnizam Hasnan, laluan untuk perkhidmatan e-bas itu sedang dimuktamadkan.

“Terdapat juga beberapa perkara lain yang sedang diselesaikan dengan pelbagai pihak berkuasa sebelum kami boleh mendapatkan perkhidmatan percubaan ini,”tambahnya.

“Pihak kami juga tidak sabar untuk meneruskan perkhidmatan ini dan pastinya penduduk sekitar Kota Kinabalu juga tidak sabar untuk menggunakan perkhidmatan e-bas ini,”tambahnya lagi.

Menurut Khairulnizam,Qhazanah memperkenalkan perkhidmatan e-bas adalah untuk menambah baik sistem pengangkutan awam di Kota Kinabalu.

“Perkhidmatan E-bas dipilih kerana perkhidmatannya mesra alam dan penggunaan kenderaan berkuasa elektrik juga semakin mendapat tempat di serata dunia,”tambahnya.

“Oleh sebab itu, QSB juga mencadangkan perkhidmatan transit pantas iaitu perkhidmatan skytrain dengan panjang 25.5km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Alamesra,”tambahnya lagi.

Khairulnizam berkata langkah tersebut adalah input untuk mentransformasikan perkhidmatan pengangkutan awam di Kota Kinabalu untuk manfaat Sabah secara keseluruhannya.

“Pihak kami menyedari ini adalah usaha jangka panjang dan komited untuk merealisasikannya,” tambahnya.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular