spot_img
HomeSemasaKomander Eastern Command bersara, perbarisan penghargaan diberikan

Komander Eastern Command bersara, perbarisan penghargaan diberikan

Lahad Datu: Deputi Komisioner Polis (DCP) Datuk Ahmad Fuad Othman, Komader Eastern Command telah diberikan penghormatan di dalam perbarisan penghargaan sempena persaraan beliau yang diadakan pagi tadi di Padang Kawad Batalion 17 PGA, Lahad Datu.

Perbarisan tersebut disaksikan oleh Brig Jen Abdul Karim Ahmad, Komander Markas ATB2, Brig Jen Suhaimi Shamsudin, Panglima Markas 13 Briged, Laksma (M), Datuk Mohd Rosli Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias, Komander Briged Sabah, pegawai-pegawai kanan dan anggota Eastern Sabah Security Command (ESSCOM).

Dalam upacara tersebut, DCP Datuk Ahmad Fuad merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pucuk pimpinan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ESSCOM atas segala sokongan yang diberikan kepada beliau sepanjang perkhidmatan.

Beliau juga menyeru agar semua untuk meneruskan usaha demi kecemerlangan ESSCOM dengan meningkatkan profesionalisme bagi menjamin keselamatan dan menjana kesejahteraan di Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone).

DCP Datuk Ahmad Fuad akan bersara wajib pada 11 Disember 2021 setelah menabur bakti selama hampir 40 tahun dalam perkhidmatan PDRM, khasnya. Beliau merupakan Komander Eastern Command yang ke-4 dan jawatan tersebut merupakan yang terakhir disandang beliau sebelum bersara. Antara jasa yang disumbangkan oleh beliau dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan awam di ESS Zone adalah semasa Op Daulat di mana beliau mengetuai operasi menghapuskan pengganas di Kampung Simunul pada tahun 2013.

Seluruh warga ESSCOM merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan DCP Datuk Ahmad Fuad selama berkhidmat di ESSCOM.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular