UNITED KINGDOM : Perdana Menteri Britain, Boris Johnson telah mengenakan sekatan COVID-19 yang lebih ketat di England dengan mengarahkan orang ramai bekerja dari rumah, memakai topeng di tempat awam dan menggunakan pas vaksin untuk memperlahankan penyebaran varian coronavirus Omicron.
Johnson yang menarik balik kebanyakan sekatan COVID-19 di England pada Julai lalu berikutan pelancaran vaksin yang pantas dan telah berjanji untuk mengharungi musim sejuk tanpa menggunakan penutupan COVID-19 keempat, tetapi telah mengekalkan “Pelan B” sebagai simpanan.
Sebahagian daripada langkah itu adalah memperkenalkan semula topeng muka pada pengangkutan awam dan kedai.
Namun dalam sidang akhbar kelmarin, Johnson berkata orang ramai juga kini harus bekerja dari rumah.
Menurut Johnson, pemakaian topeng muka akan diperlukan di tempat awam, seperti teater dan pawagam, dan pas COVID-19 akan diwajibkan untuk tujuan akses ke kelab malam dan tempat yang mempunyai ramai orang.
Johnson berkata langkah baharu itu diperlukan selepas 568 kes Omicron dicatatkan di negara itu, dengan data menunjukkan tempoh dua kali ganda untuk jangkitan terjadi antara dua dan tiga hari.
Namun demikian, ‘Hammer Blow’ atau lebih dikenali sebagai sesuatu yang bakal menimbulkan kemudaratan kepada peniaga telah menimbulkan rasa tidak percaya sesetengah perniagaan bertindak balas terhadap sekatan baharu, yang diumumkan menjelang Krismas.
Barisan penggubal undang-undang yang berada dalam parti Johnson juga tidak berpuas hati dengan sekatan baharu itu kerana bimbang kesannya akan berlaku penyusutan ekonomi sebanyak 10 peratus sama seperti tahun lalu.
Beliau berkata Omicron merebak dengan cepat dan dia tidak mempunyai pilihan selain beralih ke “Pelan B” sementara program penggalak vaksin dilancarkan.
“Sekatan COVID-19 tidak boleh kekal selama-lamanya dan negara mungkin perlu “berbincang” tentang apa yang perlu dilakukan apabila sebahagian besar penduduk enggan mendapatkan vaksin,” tambah Johnson.


