spot_img
HomeJenayahGuru didakwa seleweng dana sekolah, hamilkan 12 pelajar

Guru didakwa seleweng dana sekolah, hamilkan 12 pelajar

Jakarta : Pejabat Pendakwa Raya Jawa Barat menyiasat dakwaan penyelewengan dana bantuan pelajar daripada kerajaan oleh seorang guru sekolah berasrama penuh di Bandung.

Cable News Network Indonesia melaporkan seorang guru lelaki berusia 36 tahun telah didakwa melakukan penyelewengan dana bantuan sekolah untuk membayar sewa rumah penginapan atas tujuan melakukan perbuatan tidak bermoral.

Ketua Pendakwa Raya Jawa Barat, Asep N Mulyana berkata, dakwaan dilakukan selepas siasatan dan pengumpulan data dijalankan.

“Tertuduh juga menggunakan dana sekolah berkait penyalahgunaan saluran daripada kerajaan, contohnya menyewa pangsapuri,” katanya.

Guru tersebut juga didakwa telah melakukan perbuatan maksiat bersama 12 pelajar perempuan sehingga pelajar-pelajar tersebut hamil dan melahirkan anak.

Pejabat Pendakwa Raya melaporkan suspek dipercayai melakukan perbuatan keji tersebut dari 2016 sehingga awal tahun 2021.

– Utusan Online

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular