MEXICO : Seramai 53 orang pendatang asing maut selepas terlibat dalam kemalangan trak terbalik di Chiapas. Migran yang dipercayai ingin memasuki Amerika Syarikat(AS) berakhir tragedi apabila trak yang dinaiki melanggar tembok penahan jalan dan akhirnya terbalik.
Memetik laporan pejabat pendakwa raya di Chiapas, selain daripada 53 orang mangsa yang telah maut, masih ada lebih 50 orang lagi mangsa yang cedera dimana beberapa orang daripanya mengalami cedera parah.
Pemandu trak tersebut juga dipercayai memandu melebihi had kelajuan, menyebabkannya hilang kawalan yang menjadi punca utama kemalangan tersebut berlaku. Pemandu trak juga, didakwa hilang larikan diri setelah kemalangan berlaku.
Berkaitan dengan identiti setiap mangsa, masih belum didedahkan dan masih dalam siasatan. Walaubagaimanapun, Pengarah Perlindungan Awam Chiapas, Luis Manuel Garcia mendapat maklumat daripada mangsa yang terselamat, yang menyatakan bahawa kebanyakan daripada mereka adalah berasal dari Guatemala.
Pihak berwajib seperti anggota bomba dan pasukan penyelamat juga dikerahkan ke lokasi untuk tindakan serta siasatan lanjut.
Gabenor negeri, Rutilio Escandon luah rasa simpati dan keprihatinannya terhadap mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.
“Arahan untuk memberikan rawatan, bantuan dan siasatan sudah diarahkan kepada pihak berwajib”, kata beliau menerusi laman twitter seperti yang dilaporkan oleh AFP.
Presiden Guatemela, Alejandro Giammatei, juga mengerahkan agar mangsa diberi bantuan keperluan termasuk membantu mereka untuk kembali semula ke tanah air.
Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador juga menzahirkan ucapan takziah beliau kepada keluarga mangsa terlibat.