spot_img
HomeSemasaRM42.9 juta bantuan untuk sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah

RM42.9 juta bantuan untuk sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di Sabah

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor telah menyampaikan mock cek bantuan kewangan berjumlah RM42.9 juta daripada Kerajaan Negeri Sabah untuk sekolah-sekolah dan badan-badan keagamaan bukan Islam Sabah.

“Mock cek tersebut telah diterima oleh Presiden Majlis Gereja-Gereja Sabah, Datuk Reverend Ir. Jerry Dusing,” tambahnya.

Penyampaian mock cek tersebut diadakan semasa majlis Kota Kinabalu Christmas Celebration 2021 anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Sabah (COSA) di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, semalam.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.

Majlis tersebut juga diwarnai dengan pelbagai persembahan seperti nyanyian koir, persembahan drama, perhiasan Krismas, pertandingan nyanyian lagu Krismas dan juga persembahan artis-artis tempatan.

Hajiji berkata sebagai kerajaan yang prihatin dan saksama, kami akan meneruskan bantuan dan peruntukan kepada sekolah dan badan keagamaan bukan Islam di negeri ini.

“Kerajaan Negeri komited memastikan perpaduan rakyat, keharmonian kaum dan toleransi beragama yang kukuh di negeri ini akan terus berkekalan,” tambahnya.

“Sebarang tindakan yang boleh menjejaskan perpaduan rakyat dan kestabilan kerajaan, perlulah dihindari bagi membolehkan kita merealisasikan agenda pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) dengan berkesan sekali gus memacu pembangunan dan kemajuan di negeri ini,” tambahnya lagi.

Hajiji berkata, menjelang sambutan perayaan Hari Krismas tidak lama lagi, beliau berharap semoga semua perancangan dan persiapan sambutan dipermudahkan serta sentiasa berhati-hati kerana peperangan COVID-19 masih belum berakhir.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular