spot_img
HomeJenayahPolis Marin gagalkan penyeludupan minyak petrol

Polis Marin gagalkan penyeludupan minyak petrol

SEMPORNA – Polis Marin Semporna telah menahan seorang lelaki berusia 55 tahun bersama satu anak perahu berusia 44 tahun ketika melakukan rondaan di kawasan Laut Utara Pulau Pom-Pom, Semporna, semalam.

Hasil siasatan lanjut menemui beberapa jerikin berisi minyak petrol tanpa sebarang dokumen. Suspek yang menaiki bot pam tersebut telah ditahan bersama barang rampasan kerana disyaki cuba menyeludup minyak petrol ke negara jiran, Filipina.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna, DSP Mohamad bin Ismail berkata kesemua minyak petrol dan minyak masak berserta bot yang dianggarkan bernilai RM9,111.25 itu dirampas dan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin Semporna untuk tindakan lanjut. Suspek ditahan dan kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Susulan itu, pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah juga sentiasa mengalu-alukan seluruh komuniti maritim untuk memberi apa-apa maklumat berkaitan serta melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di atas talian 013-9391197.

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular