Kota Kinabalu: Pusat Pengurusan Non Residen dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) merupakan bahagian atau pusat memudahkan para pelajar NR dari segi pelbagai jenis bantuan yang bermanfaat.
Pengarah PNRF, Hasmi Hashim berkata, PNRF mula berkuatkuasa selepas daripada penubuhan pusat perumahan pelajar dan hospitaliti (PPPH), kemudian selepas mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) dilakukan maka ianya telah dijenamakan semula “new branding” kepada Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar (PNRF) pada 30 September 2020.
“Pada masa yang sama juga, PNRF memberi pelbagai jenis bantuan yang boleh dimanfaatkan tetapi pada kali ini keprihatinan kami adalah dari segi bantuan bakul makanan kering,” jelas Hasmi.
Tambah beliau, terdapat juga sumbangan yang telah diberikan oleh pihak PNRF kepada pelajar NR iaitu dari segi kebajikan makanan, minuman dan sebagainya bagi mana-mana yang berkeperluan. Dari segi pengurusan data juga akan ditambah baikkan lagi selepas ini. Seramai 736 pelajar yang telah mendapat sumbangan dari segi bakul makanan kering sejak bulan Februari hingga November 2021.

“Kami berharap setiap pelajar NR ini akan sentiasa dijaga dan juga terjaga untuk sepanjang masa,” katanya.
Ujarnya lagi, terdapat 65 Sesi serahan yang telah dilakukan sebelum ini terhadap pelajar-pelajar NR di segenap tempat. Kemudian kami juga berjaya untuk mendapatkan penganugerahan iaitu anugerah keselamatan dan kesihatan pekerjaan di peringkat NIOSH baru-baru ini tetapi sijil tersebut tidak sempat diberikan lagi oleh pihak PKP KP UMS.
Kami juga mempunyai harapan untuk mewujudkan duta PNRF agar memudahkan kerja dalam membantu mengikut zon dan juga membantu pihak-pihak PNRF menjadi mata dan telinga terutamanya musim pkp.
Seiring dengan itu beliau menambah sebagai contohnya, menghantar duta NR mengikut zon iaitu di Kingfisher, 1 Borneo dan banyak lagi. Setakat ini kami mempunyai 9400 pelajar NR UMS untuk sem ini.
Kejayaan-kejayaan lain adalah kami berjaya menghidupkan semula media sosial dan mengaktifkan semula facebook, kemaskini laman sesawang dan YouTube.
YouTube ini bermula daripada kosong dan sekarang mencecah 400 langganan bermula Februari hingga November serta mempunyai lebih daripada 10 video bagi YouTube terbitan PNRF.
PNRF diwujudkan untuk meringankan lagi bebanan pelajar Non Residen (NR) yang berkeperluan, PNRF akan menjadikan para pelajar mampu mengurus diri dalam menanggung kos bayaran sewaan rumah yang agak mahal berbanding di dalam kampus UMS.
Penulis: Muhammad Hafizudin Ibrahim.