spot_img
HomeEkonomiBajet 2022 perlu fokus membasmi kemiskinan, tingkatkan ekonomi rakyat

Bajet 2022 perlu fokus membasmi kemiskinan, tingkatkan ekonomi rakyat

KOTA KINABALU: Tahun 2021 dilihat sebagai tahun pemulihan daripada jangkitan covid-19 dan dalam fasa ke-4 Sabah boleh dikatakan berada pada posisi yang bagus untuk terus memulihkan ekonomi dalam mendepani tahun 2022.

Seperti yang diketahuiu umum,  melangkah fasa yang ke-4 ini merupakan satu petanda yang bagus dimana kadar jangkitan covid-19 menurun. Paling penting adalah memastikan pematuhan sop yang ditekankan oleh Kementerian kesihatan Malaysia (KKM) dapat dipatuhi. Oleh itu, segala perencanaan tertakluk kepada kesediaan orang ramai dalam membantu memulihkan ekonomi negara.

RMK-12 yang bertemakan Keluarga Malaysia Makmur, Inklusif dan Mapan, bermatlamat untuk memastikan tiada rakyat yang terpinggir dan tertinggal daripada mendapat limpahan pengagihan perbelanjaan peruntukan RMK-12.

Prof Datuk Dr Kasim MD Mansur merupakan Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata dalam konteks ketika ini yang disuarakan oleh orang ramai tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah bukan sebagai satu penghalang.

Datuk Dr Kasim Md Mansur menerima kunjungan hormat oleh Pengarah Bersekutu TERAJU (Perancangan Strategik) Mohd Azad Mohd Azzam di pejabat Dekan Fakulti Perniagaan, Ekonomi & Perakaunan UMS.

“Yang penting peruntukan sebanyak 5.2 billion yang telah disalurkan dalam Bajet 2022 memastikan bahawa, akan memberi kesan yang positif kepada pembangunan di Sabah. Apa yang penting adalah pelaksanaan pembangunan-pembangunan itu hendaklah telus, transparent dan ada pertanggungjawaban,” tambahnya.

Pembentukan Malaysia 1963 bukanlah isu yang besar, dalam RMK-12 Sabah, Sarawak, Kelantan dan Kedah mendapat peruntukan 50 peratus daripada dana pembangunan.

Jadi dalam hal ini, kita memastikan bahawa daerah-daerah yang tersenarai dalam mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi antaranya Tongod, Kota Belud, Kota Marudu, Pitas dan beberapa kawasan lain memastikan bahawa dalam RMK-12 ini membuat satu cetusan yang baru di kawasan-kawasan ini, agar arus pembangunan tertumpu dalam kawasan tersebut kerana kawasan yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi ini kaya dengan sumber alam.

Foto – Buletin Kinabalu

Banyak sektor-sektor yang perlu diterokai yang belum dimanfaatkan di Sabah yang mempunyai potensi tinggi jika diterokai akan menjana pendapatan dan menyumbang kepada peningkatan KDNK Sabah khususnya dalam sektor pelancongan, sektor perhutanan, sektor perlombongan dan sektor pertanian.

“Sabah yang begitu kaya dengan flora dan fauna kecantikan alam semulajadi disebabkan oleh kekurangan fasiliti dan masalah logistik. Terdapat banyak kawasan yang mempunyai tarikan pelancongan jika kawasan dibangunkan prasarananya, hal ini dapat menjana pendapatan kepada sektor pelancongan,” katanya.

“Sektor pertanian merupakan sektor yang boleh digembeling dengan sistematik menggunakan teknologi terkini. Sabah kaya dengan tanah yang subur terdapat kawasan yang boleh dimanfaatkan”

Tambahnya lagi, kita terlalu bergantung kepada import sumber-sumber makanan, 70 peratus diimport daripada luar negara. Oleh itu, wang mengalir kepada negara luar dimana dalam hal ini kita perlu memantapkan sektor pertanian kita kerana kita juga boleh mengeksport sumber pertanian kepada negara-negara jiran dan pasaran antarabangsa.

Sekaligus dapat mewujudkan peluang pekerjaan terutamanya kepada anak-anak Sabah dan menjana pendapatan kepada pemain-pemain dalam industri pertanian.

Penulis : Nur Izzah Hazirah Parsi

ARTIKEL BERKAITAN

Most Popular